SUSU KAMBING : Minuman Berkhasiat, Sunnah Rasulullah SAW Serta Para Nabi, Ahli Ulama Sebelum Baginda SAW. Kata Baginda "...barang siapa diakhir zaman, dikala itu ummatku dalam kerosakan, sedangkan dia menghidupkkan sunnahku, wajiblah baginya memperoleh pahala seumpama 100 pahala orang mati syahid..." renung2kan n selamat beramal.

Tuesday, August 31, 2010

HR MARKETING SDN BHD

HR Marketing Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada bulan Disember 1998 bagi menerajui perniagaan di sektor penciptaan dan pembuatan barangan kosmetik dan produk kesihatan berasaskan susu kambing asli dan tulen buatan Malaysia yang buat julung kalinya mencipta formula dengan bantuan Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) serta mendapat pengiktirafan HALAL daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Perdana Menteri.

Misi syarikat adalah penglibatan secara aktif dalam dunia perubatan tempatan bagi melahirkan lebih ramai masyarakat yang prihatin terhadap aspek penjagaan diri dan kesihatan dengan bantuan barangan kosmetik dan produk kesihatan buatan Malaysia.

Aspirasi kami pendukung syarikat adalah sokongan padu dari pihak yang berkaitan dan masyarakat seluruhnya dalam memberikan kepercayaan dan dorongan kepada kami memajukan syarikat seterusnya memantapkan taraf barangan penjagaan diri dan kesihatan buatan Malaysia.

No comments:

Post a Comment